Alat-Alat Muzik Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

AWAR

NAMA:
Awar dikategorikan sebagai alat muzik Idiofon.Ia
 sebenarnya merupakan satu set penghentak buluh yang dimainkan secara berpasangan iaitu satu yang lebih panjang dari pasangannya.

DIPERBUAT:
Awar diperbuat daripada buluh.Ia merupakan satu set penghentak buluh untuk menghasilkan sebuah irama.

FUNGSI:
Selain daripada berfungsi sebagai alat muzik hiburan,ia juga dipersembahkan untuk tujuan ritual.Ia biasanya dimainkan oleh golongan wanita dari kaum Temiar.


BIOLA


NAMA:
Biola adalah merupakan sejenis alat muzik Kordofon.Alat muzik bertali empat ini telah diadaptasikan dari Viola Barat.

DIPERBUAT:
Sekarang tali-talinya diperbuat daripada nilon walaupun suatu ketika dahulu ianya diperbuat daripada bulu ekor lembu.Jenis kayu keras seperti kayu nangka digunakan untuk membuat badan biola dan penggeseknya.

FUNGSI:
Biola digunakan untuk hiburan umum semasa majlis perkahwinan atau perjumpaan sosial yang diaturkan di sebelah petang.Biola hanya dimainkan oleh Orang Asli yang dimainkan oleh Orang Asli yang mendiami sekitar kawasan yang telah membangun.Ianya tidak dimainkan oleh masyarakat Orang Asli yang mendiami kawasan oleh masyarakat Orang Asli yang mendiami kawasan pergunungan Semenanjung Malaysia.


  CHENTONG 



NAMA:
Chentong merupakan alat muzik dalam muzik dalam kategori Idiofon.Seperti juga Awar,ia merupakan penghentak buluh yang dipersembahkan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia.Masyarakat Semai dan Temiar sering mempersembahkan alat ini di dalam muzik Sewang.

DIPERBUAT:
Chentong diperbuat daripada buluh.Ia adalah salah satu alat muzik yang dimainkan secara menghentakkan  bersama-sama buh yang lain.Ia selalunya dimainkan oleh kaum wanita Temiar.

FUNGSI:
Chentong yang berlainan saiz untuk menghasilkan rentak muzik dalam upcara-upacara tertentu.

KEMBALI