Alat-Alat Muzik Etnik Di Sabah

 KULINTANGAN


NAMA:
Kulintangan dikategorikan sebagai alat muzik Idiofon.Ia merupakan alat muzik dalam keluarga gong yang mempunyai kaitan dengan Kulintangan yang dimainkan di Pulau Mindanao,Selatan Filipina.

DIPERBUAT:
Alat ini diperbuat daripada logam gangsa.

FUNGSI:
Kulintangan dipersembahkan untuk mengiringi tarian seperti tarian kaum Kadazan iaitu Sumazau,Limbai,Silat dan Tingkad-tingkad.


 SOMPOTON


NAMA:
Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam kategori Erofon.Ia dikatakan berasal dari negeri Sabah.

DIPERBUAT:
Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh.Sebanyak lapan batang paip buluh diikat bersama di dalam dua barisan iaitu empat batang paip buluh bagi setiap baris dan dimasukkan ke dalam sebuah labu yang dikeringkan.Setiap paip buluh tersebut mempunyai nama-namanya yang tersendiri.

FUNGSI:
Sompoton adalah salah satu alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian suku kaum Kadazan iaitu Tarian Sumazau.


 SUNDATANG


NAMA:
Sundatang dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia popular di kalangan kau pribumi di negari Sabah.

DIPERBUAT:
Sundatang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka.Ia berukuran lebih kurang tiga kaki panjang.
Tali-tali lat ini diperbuat daripada urat palma atau dawai loyang.

FUNGSI:
Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.

KEMBALI