Muzik Satu Pengenalan


.

Laman Blog ini telah dibangunkan dengan tujuan  untuk mewarwarkan kepada para pelajar yang mengambil mata pelajaran Sivik & Kewarganegaraan bagi Tahun 5 khususnya dan kepada masyarakat amnya.  Disamping itu dapat memberi pemahaman lebih jelas tentang rupabentuk dan  fungsi serta bunyi alat-alat muzik yang ada di malaysia. Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih  terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia. Saya  berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh dan pertambahan  maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari semasa  ke semasa di samping dapat menjadi bahan tatapan dan maklumat tambahan kepada para pelajar secara interaktif.  

Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai  jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting  dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang  budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.