Alat-Alat Muzik Masyarakat Melayu

ANGKLUNG


NAMA: 
Angklung adalah satu lagi alat muzik yang  dikategorikan dalam kumpulan Idiofon.Adalah dipercayai bahawa Angklung yang pertama dibuat di Banyumas,Indonesia beberapa abad dahulu.

DIPERBUAT:
Dua atau tiga batang buluh yang ditala pada satu perumah tertentuy yang dipasang dipanggil “ancak” untuk membuat sebuah angklung.

FUNGSI:
Angklung juga digunakan dalam ensembal muzik tarian Kuda Kepang di Johor.



BEDUK


NAMA:
Beduk adalah sejenis alat yang dikategorikan dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis alat gendang yang besar yang dipalu dengan pemalu yang dibalut dengan getah di bahagian kepalanya untuk menghasilkan bunyi yang kuat.

DIPERBUAT:
Permukaannya diperbuat daripada kulit lembu.

FUNGSI:
Berguna untuk memaklumkan masuknya waktu sembahyang,sebagai alat perhubungan dan memberitahu apa-apa berita seperti berlakunya kematian di dalam sesebuah kampung.


 
GAMBUS
NAMA:
Gambus ialah sejenis alat muzik dalam kategori  Kordofon.

DIPERBUAT:
Badannya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka.Manakala leher gambus diperbuat daripada kayu pendek yang tidak mempunyai fret.

FUNGSI:
Untuk mempersembahkan tarian zapin di negeri Johor menggunakan alat ini.Masyarakat Melayu menggunakan gambus dalam persembahan ghazal di Johor.Selain itu,alat ini juga digunakan dalam lain-lain upacara seperti sambutan Maal Hijrah dan Maulud Nabi.




GEDUK


 NAMA:
Geduk adalah alat muzik yang  dikategorikan dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis gendang dua muka berbentuk tong.

DIPERBUAT:
Badannya diperbuat dari jenis kayu keras seperti kayu kayu nangka.Kedua-dua mukanya diperbuat daripada belulang lembu yang dipasak dengan kayu nibong.

FUNGSI:
Sepasang Geduk yang berlainan saiz digunakan dalam persembahan wayang kulit dan menora di Kelantan.Alat yang lebih besar dikenali  sebagai Geduk Ibu dan satu lagi dipanggil Geduk Anak.



 GENDANG


NAMA:
Gendang adalah alat muzik yang dikategtorikan dalam Membranofon.Ia merupakan salah satu alat muzik tradisional yang sangat signifikan dalam masyarakat Melayu.

DIPERBUAT:
Mukanya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang direngangkan menggunakan tali rotan ke atas baluh atau temalang kayu.Baluhnya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka, atau merbau.

FUNGSI:
Biasanya dimainkan juga untuk mengiringi tarian, pencak silat dan acara yang lain.

KEMBALI