Alat-alat Muzik Masyarakat India

DHOLAK


NAMA:
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:
Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.

FUNGSI:
Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.



MANJIRA


NAMA:
Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.

DIPERBUAT:
Ia diperbuat daripada logam gangsa.

FUNGSI:
Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.


 SITAR


NAMA:
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.

DIPERBUAT:
Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat tersebut.

FUNGSI:
Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.


 TABLA


NAMA:
Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.

DIPERBUAT:
Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.

FUNGSI:
 Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.



TAMBURA


NAMA:
Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:
Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada
kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.

FUNGSI:
Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.

KEMBALI