BO
NAMA:
Bo yang juga dikenali
sebagai Po adalah sejenis alat muzik
yang diklasifikasikan dalam kumpulan Idiofon.Alat
ini sangat popular semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang
(581-907).
DIPERBUAT:
Sepasang piring bulat yang rata
yang biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa.
FUNGSI:
Masyarakat Cina biasanya
menganggap bunyi yang kuat sebagai baik sepertimana amalan mereka membakar
mercun untuk menghalau hantu.
CHING DAN CHAP
NAMA:
Ching dan Chap adalah alat muzik dalam kategori Idiofon.
Alat ini dibuat serupa dan
digunakan secara berpasangan.Alat muzik dalam keluarga simbal berbentuk bulat
dan berlekuk di bahagian tengah seperti cawan.
DIPERBUAT:
Ching dan Chap biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa
nipis.Garispusatnya adalah di antara 12 hingga 14 sm bagi alat yang kecil dan
23 hingga 26 sm bagi alat yang besar.
FUNGSI:
Ching dan Chap berfungsi sebagai penanda masa dan
menentukan tempo dalam pancaragam Piphat.
ERHU
NAMA:
Erhu dikategorikan sebagai
alat Kordofon.Ia merupakan sejenis
alat muzik gesekan bertali dua.Erhu
adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China.
DIPERBUAT:
Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga
sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan dengan kulit
ular.
FUNGSI:
Di dalam Orkestra Cina,Erhu terbhagi kepada dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau
ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan
kedua.
LIU QIN
NAMA:
Liu Qin adalah alat muzik dalam
kategori Kordofon.Ia merupakan alat
muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan
bunyi seperti sebuah Mandolin.
DIPERBUAT:
Liu Qin dipetik dengan satu alat
pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini
diperbuat daripada plastik.
FUNGSI:
Ia digunakan juga untuk
mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk
memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.
PIPA
NAMA:
Pipa dikategorikan sebagai
alat muzik Kordofon.Ia merupakan alat muzik yang paling simbolik dan terkenal
dalam Orkestra Cina.Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu.
DIPERBUAT:
Kotak bunyinya diperbuat daripada
kayu dan dipasang dengan 30 fret.Empat talinya ditala kepada A,D,E,danA dengan
jarak suara sebanyak empat setengah oktaf.
FUNGSI:
Rakyat bermain alat ini untuk
mengatasi perasaan marah mereka kerana terpaksa membina Tembok Besar.